trending_flat

Gagal kemukakan resit bayaran, sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman dikenakan tindakan

PUTRAJAYA 22 Mei 2022 - Sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu pada 17 Mei 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata siasatan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang merupakan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut berikutan kegagalan pihak pengurusan syarikat untuk mengemukakan resit pembayaran ke atas cas penyelenggaraan bangunan. Menurut KPDN, sasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama. Juteru KPDN memberikan amaran […]

trending_flat

MARITIM MALAYSIA PERTONTON KESIAGAAN DAN KECEKAPAN ASET

LANGKAWI, 22 Mei - Sebanyak empat buah kapal dan dua buah helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertontonkan dalam pemeriksaan armada (Fleet Review) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 23 hingga 27 Mei 2023 nanti. Sebagai salah satu acara yang menjadi tarikan seluruh dunia, Maritim Malaysia yang memasuki edisi ketujuh penyertaannya turut bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) bagi memperlihatkan bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya yang melibatkan serangan bersenjata oleh pihak penjenayah di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah di laut yang lain. Selain dipertontonkan kepada umum aksi-aksi yang menarik, Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset milik agensi seperti bot Benteng dan Jet Ski di Resort […]

trending_flat

MDEC sediakan Program eUsahawan ke arah penggunaan teknologi digital

KUALA LUMPUR 22 Mei 2023 - Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa KKD menerusi agensinya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan Program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang. Menurut Teo Nie Ching ketika menjawab soalan dari Gobind Singh Deo [Damansara] di Parlimen hari ini, eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia. "Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan. Pertama, latihan “eUsahawan Fundamental” yang menawarkan latihan asas keusahawan digital dimana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital. Selain itu, mulai tahun ini, latihan “eUsahawan Modular” telah diperkenalkan bagi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation