trending_flat

PERDANA MENTERI DIBERI KAD MEDIA SEBAGAI MENGHARGAI SUMBANGAN BELIAU DALAM MEMARTABATKAN LAGI KEBEBASAN MEDIA

IPOH, 28 Mei 2023 – Sebagai penghargaan kepada usaha Perdana Menteri dalam memartabatkan kebebasan media di Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media (Media Accreditation Card) katogeri Emas (Gold) Jabatan Penerangan Malaysia daripada YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) sempena Hari Wartawan Nasional 2023 atau HAWANA disini. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Turut hadir pada majlis ini yang diadakan di reruai JaPen sempena HAWANA 2023 di Hotel Casuarina@Meru ialah YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi & Digital. Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan Malaysia merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan. Terdapat lima […]

trending_flat

PM RASMI HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2023

IPOH, 28 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, yang menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media serta wakil persatuan dan kelab wartawan Malaysia di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak. Beliau diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil. Perhimpunan terbesar pengamal media Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, sambutan ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa pengamal media dan wartawan veteran tempatan dalam pembangunan negara dan bangsa. Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada seorang penerima Anugerah HAWANA 2023 dan tiga orang penerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA yang terdiri daripada wartawan veteran yang memerlukan bantuan. Majlis […]

trending_flat

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 - Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan Jason Mamoa terbitan produksi Hollywood yang menampilkan watak superhero mempunyai kuasa berunsurkan air dan berada di laut bagi menyelamatkan manusia dari pelbagai bahaya. Cerita fiksyen yang diadaptasikan dari komik terbitan DC mungkin ada persamaan dengan Pasukan Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer) di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang bertindak bagi melaksanakan operasi mencari menyelamat atau Search And Rescue (SAR) di Zon Maritim Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 2008, pasukan di bawah kendalian Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia ini memulakan tugas dengan hanya lima orang anggota Maritim Malaysia yang berpangkat Laskar Kelas I . Sebelum betul-betul dilantik menjadi Rescue Swimmer, anggota berkenaan perlu menghadapi persediaan awal dengan mengikuti kursus FRLS (First Responder Life Support). Mereka juga mesti memiliki kemahiran untuk menyediakan bantuan kecemasan asas untuk individu yang akan […]

trending_flat

KSN sempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) 2022

KUALA LUMPUR 28 Mei 2023 - Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022 telah diadakan oleh – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini. Ia melibatkan kluster Kementerian dan kluster Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU) di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali. Menurut MAMPU, MyGPI merupakan satu program untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua (2) dimensi iaitu dimensi pengurusan organisasi dan dimensi pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam. "Program MyGPI ini turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara di peringkat global melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Rakan strategik MAMPU ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation