trending_flat

KFC dan Pizza Hut tawarkan Menu Rahmah

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur hari ini. Salahuddin berkata dalam satu kenyataan hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja. "Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands […]

trending_flat

Hati-hati isu semasa dijadikan polemik menjelang PRN

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin  Semenjak pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kadar 2.75% kepada 3.0% berkuatkuasa pada 3 Mei 2023, isu ini mendapat perhatian ramai pihak dengan pelbagai pendapat, pandangan dan tidak kurang juga yang melemparkan pelbagai tuduhan. Ahli-ahli parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat yang berlangsung ketika ini juga tidak terlepas dari membangkitkan isu kenaikan OPR. Perdana Menteri YAB Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan terpaksa sekali lagi menjawab serta menghuraikan asas kepada keputusan kenaikan ini sebagaimana yang dilaporkan oleh The Star pada 25 Mei 2023. Apa yang menarik perhatian ialah penyataan yang dibuat oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Lim Guan Eng berkaitan isu OPR ini. Beliau mengatakan kenaikan OPR ini hanya menguntungkan pihak bank sahaja. Sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan, penyataan seumpama ini mungkin dilihat dari pelbagai sudut oleh masyarakat; kemungkinan tiada […]

trending_flat

Bajet pembangunan litar tidak pernah disalurkan kepada KBS

PUTRAJAYA, 29 Mei 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa peruntukan RM 20 juta bagi pembangunan satu litar di setiap negeri yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Seri Ismail Sabri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan. Menurut KBS dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Justeru bajet tersebut yang diumumkan dalam Bajet 2023 tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan. "Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri. KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik […]

trending_flat

Etika kewartawanan perlu dipraktikkan bagi mengekang penularan berita palsu – Ahmad Zahid

IPOH, 28 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya dunia kewartawanan pada hari ini cukup berbeza apabila saingan yang diberikan oleh media online. Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa dalam apa juga platform, etika kewartawanan perlu terus dipegang bagi mengekang penularan berita palsu. Kredit Foto Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri Kredit Foto Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri "Petang ini, saya bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan YB Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hadir bagi meraikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh. Penganjuran HAWANA ini dilihat hari istimewa untuk pengamal media. Saya percaya dunia kewartawanan pada hari ini cukup berbeza apabila saingan yang diberikan oleh media online. Namun dalam apa juga platform, etika kewartawanan perlulah terus dipegang bagi memastikan berita yang disampaikan adalah laporan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation