trending_flat

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa Datuk Haji Rodzi Md Saad telah dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Yusof Ismail. Menurut MAMPU, Rodzi yang berumur 59 tahun berkelulusan di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya. Tambah MAMPU beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, sejak 15 Julai 2021. Pada masa yang sama MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada MAMPU.

trending_flat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR kepada 3.0% oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah menimbulkan kegusaran mengenai kesannya terhadap ekonomi Malaysia terutamanya dalam kalangan rakyat terbanyak. Untuk rekod, OPR telah dinaikkan sebanyak 25 mata asas secara berperingkat pada Mei, Julai, September dan November tahun lalu kepada 2.75% berbanding paras rekod terendah 1.75% pada Julai 2020 iaitu sewaktu negara sedang dibadai pandemik COVID-19. Para pendukung peningkatan ini berpendapat bahawa penjajaran semula kadar OPR kepada kadar pra-pandemik adalah langkah berhemat demi menangani tekanan inflasi dan menjaga kestabilan kewangan. Malahan, mereka turut menegaskan bahawa OPR yang lebih tinggi boleh membantu membendung aktiviti peminjaman yang berlebihan, mengelakkan gelembung aset, dan menarik pelaburan asing. Walau bagaimanapun, para pengkritik pula berpendapat bahawa pemasaan (timing) kenaikan OPR yang tidak selari dengan daya usaha pemulihan ekonomi oleh kerajaan sekali gus […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation