ISU SAMPAH DI BANGUNAN FLAT KOS RENDAH TAMAN UNGKU TUN AMINAH (TUTA) DISELESAI DENGAN SEGERA
PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, di atas peringatan dan nasihat baginda mengenai kerja-kerja pembersihan di kawasan Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Johor Bahru semasa menerima mengadap Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 15 Mei 2023 yang lalu. Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) terdiri daripada 88 blok flat dan 4,089 unit rumah yang telah berusia lebih 40 tahun dengan berkepadatan penduduk yang tinggi. Beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu infrastruktur yang usang, tahap kesedaran kepentingan menjaga kebersihan yang rendah, serta kekurangan dana akibat kutipan caj pengurusan yang rendah. KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengarahkan syarikat […]