trending_flat

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun - Formula 'menang-menang' bagi agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah sebagai sandaran menawan Kedah daripada Perikatan Nasional (PN). Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, formula tersebut diyakini dapat menembusi beberapa kubu kuat PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurutnya, persetujuan itu dicapai setelah kedua-dua gabungan mengadakan rundingan dengan mengenepikan emosi dan berunding dalam suasana harmoni. “Keputusan itu akhirnya datang daripada pucuk pimpinan kedua-dua pihak, sebaiknya kita tengok agihan (kerusi) yang seakan hampir-hampir sama rata antara PH dan BN,” katanya dalam sidang media ketika hadir pada majlis kesyukuran meraikan Anugerah Balai Polis Luar Bandar Terbaik di Malaysia, di Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. Tegas Mahdzir, kesepakatan dalam agihan […]

trending_flat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengekalkan ramalannya bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang dalam julat 4% hingga 5% pada 2023, sesetengah pakar ekonomi berpendapat bahawa beberapa cabaran dan ketidaktentuan ekonomi seperti kesan kenaikan kadar faedah, rasionalisasi subsidi, ketidaktentuan politik dan prestasi global yang perlahan mungkin menjejaskan prospek perbelanjaan jangka pendek pengguna di Malaysia pada separuh kedua 2023. Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sektor peruncitan dan ekonomi yang dipacu pengguna, tahap perbelanjaan pengguna memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan kestabilan negara. Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Pada 3 Mei 2023, BNM telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25% kepada 3%. Ini adalah kali pertama tahun ini OPR dinaikkan selepas dikekalkan pada kadar 2.75% sebanyak dua kali dalam bulan Januari dan Mac. Kadar faedah yang meningkat ini akan […]

trending_flat

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada laporan muka hadapan Berita Harian pada Sabtu 27 Mei 2023 yang bertajuk “Lambakan graduan perguruan.” Bukan kerana isinya yang mengandungi kesalahan fakta, namun terdapat keperluan untuk berkongsi keunikan yang ada di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Di UM, terdapat dua jenis program ijazah sarjana muda Pendidikan (ISMP), sama ada dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan sendiri, atau dilaksanakan secara kerjasama dengan fakulti lain. Program-program yang diadakan di Fakulti Pendidikan ialah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan Sarjana Muda Kaunseling. Manakala program yang diadakan secara Kerjasama ialah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (dengan Fakulti Sains), dan Sarjana Muda Pendidikan Islam (dengan Akademi Pengajian Islam). Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Keunikan program ISMP UM Pertamanya, kesemua graduan dari program ISMP dipersiapkan untuk […]

trending_flat

Cabaran membaca di era ‘gangguan’

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Frank Swettenham dalam bukunya Malay Sketches memperihalkan orang Melayu yang suka berjudi, bersabung ayam, berburu serta menangkap dan menjinakkan gajah. Pemerihalan oleh penulis ini tidaklah perlu dinafikan namun tidak juga boleh digeneralisasikan sebegitu mudah. 22 bab yang beliau ceritakan adalah perkongsian penulis yang berdamping dengan orang kebanyakan, pawang dan pembesar tertentu. Sebaliknya jika dilihat kepada sisi keilmuan khususnya melalui perkembangan tradisi pengajian pondok di Alam Melayu, masyarakat Muslim hakikatnya mementingkan aspek keilmuan melalui proses pembacaan yang teliti serta sumber penulisan yang berautoriti. Hal ini boleh dilihat contohnya melalui tradisi pengajian pondok yang menetapkan silibus tersendiri dengan sumber rujukan terpilih yang dibaca mulai huruf pertama di kulit hadapan sehinggalah di noktah terakhir di halaman belakang. Di era sebelum industri menentukan lanskap pendidikan, menghabiskan satu teks pengajian yang memakan masa bertahun-tahun adalah suatu yang diperakui […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation