AHLI UMNO USAH TERKESAN DENGAN ‘RAMALAN NAKAL’ SOAL SURVIVAL UMNO
ALOR SETAR, 7 Jun 2023 - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan medan bagi ahli dan kepimpinan parti UMNO untuk bermuhasabah, kembali menilai diri dan berbincang sesama mereka. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada saat ini, warga UMNO yang tulen perlu mengutamakan agenda perpaduan dalaman parti dan membina semula pertubuhan keramat bangsa ini sebagai sebuah parti tonggak negara yang diyakini rakyat, khususnya umat Melayu Islam. Menurutnya, warga parti seharusnya tidak cepat melatah apabila mendengar naratif nakal ramalan pihak-pihak tertentu yang mendakwa kononnya UMNO akan tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Adalah kurang bijak untuk bersikap terlalu mengambil peduli tentang persepsi luar terutama yang dilihat cuba mengganggu emosi para perwakilan” Shaiful yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok bertegas bahawa, adalah lebih baik jika tumpuan diberi kepada pelbagai mesej yang disampaikan […]