trending_flat

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan - ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini. Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak. Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar. Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah […]

trending_flat

Jasa dan Pengorbanan seramai 448 veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) diiktiraf menerusi penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh Panglima Operasi Udara

Bagan Ajam, 17 Jun 2023 - Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Bin Ismail TUDM, Panglima Operasi Udara telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 448 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Dewan Konvensyen Perda, Pulau Pinang. Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, seramai 37,492 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM: a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan […]

trending_flat

“KALIH BAGI SAMA” – DI MANA SONGSANGNYA?

ALOR SETAR, 17 Jun - Di mana songsangnya kempen 'Kalih Bagi Sama'? Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen itu adalah sebahagian gerakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan selain tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini. “Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan. “Dalam amalan demokrasi ini tak salah, ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di sini, malam tadi. https://youtu.be/IwvocWQVBZc Jelas Mahdzir, kempen itu juga adalah tawaran […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation