trending_flat

ZULINDA WANITA PERTAMA DILANTIK SEBAGAI LAKSAMANA PERTAMA MARITIM

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah sejak penubuhannya apabila seorang pegawai kanan iaitu Kepten Maritim Zulinda Haji Ramly menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim di sini hari ini. Zulinda, 46, merupakan antara 9 orang pegawai Maritim Malaysia yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim. Memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas yang melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air dan juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19. Ibu kepada empat cahaya mata ini […]

trending_flat

UMNO KEDAH DIJANGKA TANDING SEKURANG-KURANGNYA 15 KERUSI DUN

PENDANG, 23 Jun - UMNO Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka selesai sebelum Aidiladha ini. “Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini, hari ini. Mengulas mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah, Mahdzir berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi. “Saya ingat yang itu bukan isulah untuk diselesaikan. Saya ingat Insya Allah dalam minggu ini sebelum […]

trending_flat

Tahap kerjasama Meta tidak memadai, MCMC tidak teragak-agak ambil tindakan perundangan

CYBERJAYA, 23 JUN 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi pihak Meta, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan- iklan penipuan. Kata MCMC, di sebalik permohonan berulang kali daripada pihak MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut. "Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam. Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital. Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan […]

trending_flat

Salehuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei”

TELUK SEPANGGAR, 23 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Salehuddin, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan. Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran. "Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang. PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation