trending_flat

Penternak lembu jadi ‘korban’ ekonomi semasa

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Isu ekonomi negara dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini memberi kesan kepada banyak pihak. Rata-rata rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terpaksa didepani oleh mereka. Keluhan mereka bukan berkaitan dengan sesuatu kemahuan (wants - nice to have) tetapi menjurus kepada keperluan asas (necessity - need to have) seperti barangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkhidmatan asas seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan. Antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penternak atau pengusaha lembu yang mengalami kemerosotan penjualan lembu-lembu mereka khususnya menjelang Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban pada 29 Jun 2023 ini. Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Lazimnya, penternak lembu adalah golongan yang teruja untuk menyambut Hari Raya Korban, selain dari jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah. Ini adalah kerana […]

trending_flat

MARITIM MALAYSIA TERIMA DANA RM10 JUTA BAIKPULIH KUARTERS

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima suntikan dana RM10 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters daif agensi ini di seluruh negara bagi tahun 2023. Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Md Fauzi bin Othman berkata dana yang disalurkan daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini adalah bagi kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan kuarters Maritim Malaysia seluruh negara. Selain itu, dana yang diterima juga turut melibatkan kerja-kerja pembaikan serta baik pulih kuarters milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Kinabalu yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia. Sejumlah RM7.4 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala baki RM2.6 juta adalah untuk kuarters di Batu Pahat, Kemaman serta kuarters di Akademi Maritim Sultan […]

trending_flat

Tidak cemerlang SPM bukan tiket kegagalan!

Oleh: Dr. Norfaezah Md Khalid Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sebuah peperiksaan yang sangat penting di negara ini. Malah ia menjadi salah satu syarat penting dalam permohonan untuk menyambung pengajian, permohonan kerja dan lain-lain permohonan yang berkaitan. Ramai anak-anak dan ibu bapa pastinya mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pengumuman keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun 2023 memberi impak kepada pelbagai pihak termasuklah pentadbir, sekolah, guru-guru, ibubapa, anak itu sendiri dan banyak pihak lagi. Ada dalam kalangan lepasan SPM ini mendapat keputusan yang sangat cemerlang, ada juga mendapat keputusan ‘biasa-biasa’, bahkan ada juga yang tidak berpeluang untuk diberikan sijil. Pelbagai riak terpamer pada wajah anak-anak, ibubapa, dan guru semasa anak-anak ini mengambil keputusan mereka. Dr. Norfaezah Md Khalid Reaksi yang berbeza-beza ini boleh dilihat pada tiga kategori individu yang berbeza. Yang pertama, mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, namun mendapat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation