Kebebasan Bersuara di Negara Ini Ada Batasannya – Mahdzir Khalid
SUNGAI PETANI, 16 Julai - Akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah digantung oleh pihak TikTok kerana ucapannya yang berpotensi untuk memecahbelahkan masyarakat. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap rakyat, setiap platform yang digunakan tetap ada batasannya. "Di seluruh dunia, kebebasan ada batasnya. Malah di Singapura, terdapat ISA, dan setiap negara mempunyai undang-undang menentang hasutan. Kebebasan adalah penting, tetapi ia perlu dikenal pasti batasannya. Apabila seseorang melampaui batasan dan menyebabkan kegusaran kepada orang lain, maka sudah tiba masanya untuk tutup (perkara tersebut)." Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan BN Bahagian Merbok di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Sanusi yang mendakwa akaun TikToknya yang telah digantung semalam sebagai satu tindakan untuk mengganggu kempen pilihan raya negeri (PRN). Selain itu, […]