trending_flat

Mercury Securities Tandatangani Perjanjian Tajajamin Dengan Public Investment Bank Untuk IPO Di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Public Investment Bank Berhad (“PIVB”) untuk tawaran awam permulaan (“IPO”) Kumpulan yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad. Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga. IPO tersebut melibatkan terbitan awam sebanyak 157.10 juta saham biasa baharu (“Saham Terbitan”) dan tawaran untuk penjualan 71.51 juta saham biasa sedia ada (“Saham Tawaran”) masing-masing mewakili 17.59% dan 8.01% saham terbitan […]

trending_flat

Pembangunan Semula – Transformsi Alamanda Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 - Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya. Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini. Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna. Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. […]

trending_flat

Politik bukan untuk berhibur!

Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Saya mendaftar sebagai pengundi di Kuala Lumpur sejak 2016. Jadi saya tidak terlibat dengan mana-mana Pilihanraya Negeri (PRN) sejak itu. Dan seingat saya juga (setelah 4-5 kali mengundi), tidak pernah lagi PRN mendapat perhatian sebanyak pada kali ini. Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Hampir setiap orang (termasuklah yang tidak mengundi untuk PRN seperti saya), dilimpahi dengan kandungan mengenai PRN pada setiap hari, sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang terlibat tempoh hari. Tarikh-tarikh penting 29 Julai (hari penamaan calon) dan 12 Ogos (hari mengundi) telah dihafal; sepenting tarikh-tarikh pertunangan dan perkahwinan. Nama-nama parti, ‘poster boy’, dan bakal calon bermain di mata dan fikiran, setiap kali ibu jari menguis skrin telefon ke atas bagi menikmati suapan cerita politik terkini di media sosial. Yang melompat keluar (dan masuk) parti, atau […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation