trending_flat

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) iktiraf jasa dan pengorbanan 545 Veteran ATM

Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 545 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang telah bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, seramai 38,559 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM: a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di […]

trending_flat

UM hasilkan elektrolit bateri dari tanah liat

Bateri litium-ion (Li-ion) yang ditemui dan dibangunkan oleh pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2019, John B Goodenough pada tahun 1970 dipercayai sebagai kejayaan milenium. Ia adalah pemecut teknologi moden dan pemangkin gaya hidup kontemporari dengan pengunaan yang meluas dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, peralatan elektronik, kenderaan elektrik dan juga aplikasi euroangkasa. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat tenaga boleh diperbaharui yang terputus-putus, terdapat keperluan mendesak untuk menyimpan tenaga yang dituai daripada sumber boleh diperbaharui, menjadikan permintaan untuk bateri alternatif meningkat. Bateri natrium-ion (Na-ion) boleh dianggap sebagai salah satu bahan alternatif kerana Na lebih mudah didapati dalam air laut jika dibandingkan dengan Li, dan ianya berpotensi untuk menjimatkan kos. Permintaan untuk bateri berkeadaan pepejal makin meningkat buat masa sekarang, kerana ianya didorong oleh keperluan untuk keselamatan yang lebih baik, kadar hayat yang lebih tinggi dan mesra alam sekitar bagi memenuhi keperluan sebagai bateri […]

trending_flat

Aksi biadap The 1975 : Kerajaan arah pembatalan serta merta Festival Good Vibes 2023

Susulan dari aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK "The 1975" di Sepang malam tadi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. Penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia turut dipanggil beliau hari ini. Screenshot persembahan The 1975 dari YouTube. "Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. Justeru, saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket." tegas Fahmi. Tambah beliau, Kerajaan sentiasa komited menyokong […]

trending_flat

Bintang Selebriti – Carrie Lee Mengumumkan Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1.1 Juta Untuk Dimenangi Dalam Pertandingan Miss Cosmoworld 2023

Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. dan diasaskan oleh Bintang Selebriti, Carrie Lee Sze Kei (李诗琪), Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mengetengahkan wanita-wanita muda Malaysia yang luar biasa yang bukan sahaja memiliki kecantikan, malah kecerdasan, bakat dan berketerampilan. Malaysia mencatatkan rekod kemasukan pelancong asing tertinggi seramai 2.57 juta orang pada separuh tahun pertama 2023 sejak pandemik melanda, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan melalui francaisnya dan duta-dutanya, mewakili keunikan dan kepelbagaian latar belakang, seni dan budaya melalui fesyen, kecantikan dan hiburan. Pelancaran Miss CosmoWorld 2023 pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YM Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj, kerabat Diraja Selangor sebagai Tetamu Kehormat. Miss CosmoWorld 2023 memberi  pendekatan kotemporari terhadap pertandingan ratu cantik […]

trending_flat

Muzium ‘Pop-Up’ The World Of Tim Burton Menerima Kunjungan Lebih 100 Orang Anak Yatim Bertujuan Untuk Menyediakan Kemudahan Pendidikan Kesenian Kepada Semua Golongan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2023 - Sejak pelancarannya pada Mac 2023, muzium pop-up bertaraf dunia, The World of Tim Burton telah mengkagumkan ribuan penggemar seni dan peminat pengarah filem dan seniman ikonik, Tim Burton, dari seluruh rantau Asia Tenggara. Dilengkapi dengan lebih 500 buah karya seni asli termasuk lukisan, fotograf, buku-buku lakaran, hasil kerja imej bergerak dan arca dalam lebih 10 buah seksyen bertema, muzium pop-up tersebut membolehkan para pengunjung mengalami watak-watak dan dunia hasil seni Tim Burton seperti Edward Scissorshands, Alice in Wonderland, Charlie and the Chocolate Factory, Beetlejuice, Frankenweenie, Tim Burton's The Nightmare Before Christmas, Corpse Bride, Batman, Wednesday dan banyak lagi. Penganjur dan penerbit The World of Tim Burton, Toybox Projects Sdn. Bhd. mendapati seni dapat memberikan inspirasi, semangat dan memperkasakan minda-minda muda, lantas mengambil peluang untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mereka-mereka yang tidak mendapat kemudahan mengalami […]

trending_flat

Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbarnya memaklumkan bahawa Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah. Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa. Pihak Pejabat beliau juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.

trending_flat

Saham KGW Terlebih Langganan Sebanyak 50.45 Kali

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – KGW Group Berhad ("KGW" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan logistik termasuk perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan dan pengedaran produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan, dengan mengumumkan bahawa peruntukan saham kepada rakyat Malaysia daripada IPOnya telah terlebih langgan sebanyak 50.45 kali. IPO KGW terdiri daripada terbitan awam sebanyak 79,661,800 Saham biasa baharu ("Saham Terbitan") yang disediakan untuk permohonan dengan cara berikut:- 24,140,000 Saham Terbitan tersedia untuk permohonan oleh Orang Awam Malaysia; 9,656,000 Saham Terbitan dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan ("Orang Yang Layak"); 7,241,800 Saham Terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih; Dan 38,624,000 Saham Terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia ("MITI"); dan tawaran penjualan 43,452,000 Saham Tawaran melalui penempatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation