7 Politeknik Terima Pengiktirafan Akreditasi APACC
Sebanyak tujuh (7) politeknik menerima pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC), baru-baru ini. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, berkata akreditasi itu adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi. “Lebih membanggakan apabila dua (2) politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima pengiktirafan tertinggi dengan memperoleh Anugerah Platinum dan hanya tiga institusi di Malaysia termasuk PPD dan PUO yang berjaya berada di tahap ini. Ini diikuti dengan lima (5) politeknik lain yang turut cemerlang dengan memperoleh Anugerah Emas”. “Pencapaian akreditasi APACC ini secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pendidikan politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan program pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang”, katanya lagi. Akreditasi […]