Gelombang menolak BN di Kedah sudah reda
PADANG TERAP, 31 Julai - Gelombang dan ribut taufan yang menolak Narisan Nasional (BN) dan menyebelahi Perikatan Nasional (PN) di Kedah sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah reda dan telah berlalu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau secara peribadi merasa yakin akan ada perubahan yang berlaku di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. "Gelombang yang berlaku pada November tahun lalu (PRU15) memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, Pas cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan. "Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih Pas di tengah jalan. "Kini gelombang dalam PRU15 sudah tiada dan kita kembali kepada keadaan asal. Jadi tanpa ada gelombang dan angin yang kuat itu, maka saya jangkakan akan berlaku […]