trending_flat

PSA meterai kerjasama dengan Brunei Darussalam bagi perkasa TVET serantau

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) memeterai kerjasama dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam melalui ‘Agreed Minutes of Meeting’ (AMM) bagi memperkukuh hubungan strategik serantau dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen AMM antara Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria dan Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam, Alias Abu Bakar yang diadakan di Dewan Al Jazari, PSA, baru-baru ini. Menurut Dr. Mohd Zahari, kolaborasi tersebut merupakan komitmen PSA sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasa kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang TVET merentas sempadan. "Saya percaya memperluas rangkaian kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terutamanya bagi mempersiapkan […]

trending_flat

ECOTRAIL® PUTRAJAYA beri peluang peserta dekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya bandar

ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA merupakan acara perlumbaan larian denai terbesar yang unik dan telah berjaya dalam penganjurannya sejak penciptaan acara ini yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi. Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), lokasi perlumbaan dipilih berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pinggir bandar seperti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Objektif Ecotrail adalah gabungan perlumbaan larian sihat di samping memberi peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya sesebuah bandar. Pemilihan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran acara tersebut adalah kerana Putrajaya merupakan bandar ultra-moden yang masih dikelilingi dengan taman-taman alam semulajadi di samping mampu memberi peluang kepada para peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini memberipeluang untuk Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya dan seterusnya mempromosikan lokasi ini sebagai lokasi pelancongan yang menarik […]

trending_flat

Mahdzir Mahu Ulangi Kejayaan Calon ‘Underdog’ Rampas DUN Pedu

PADANG TERAP, 29 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu. Menurut beliau, situasi yang dialaminya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas. Kejayaan lalu itu bagaimanapun dianggapnya sebagai sejarah dan ia dijadikan panduan untuk disesuaikan dengan situasi masa kini yang jauh berbeza situasi politiknya. "Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas. Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini," katanya selepas diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Iman Hazwan Abd Halim di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, […]

trending_flat

7 Politeknik Terima Pengiktirafan Akreditasi APACC

Sebanyak tujuh (7) politeknik menerima pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC), baru-baru ini. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, berkata akreditasi itu adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi. “Lebih membanggakan apabila dua (2) politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima pengiktirafan tertinggi dengan memperoleh Anugerah Platinum dan hanya tiga institusi di Malaysia termasuk PPD dan PUO yang berjaya berada di tahap ini. Ini diikuti dengan lima (5) politeknik lain yang turut cemerlang dengan memperoleh Anugerah Emas”. “Pencapaian akreditasi APACC ini secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pendidikan politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan program pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang”, katanya lagi. Akreditasi […]

trending_flat

KPM beri tumpuan isu bangunan daif

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata bahawa Kementerian memberi tumpuan utama untuk menyelesaikan isu bangunan daif di sekolah di seluruh negara. Menurut KPM, dari tahun 2016 hingga 2023, kerajaan telah memperuntukkan RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah. Ini melibatkan sejumlah 1002 projek di seluruh negara. "Komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif diteruskan lagi dalam Rolling Plan 2023. Sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan sambungan di seluruh negara. Usaha KPM untuk menambah baik akses dan fasiliti pendidikan di Sabah dan Sarawak dibuktikan menerusi pelaksanaan 327 projek pembangunan bangunan daif di sekolah atau 78% daripada keseluruhan projek yang telah diluluskan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan pada tahun 2023." kata KPM dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini. Tambah KPM, seperti yang sentiasa ditekankan oleh Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek, usaha untuk menyelenggara dan […]

trending_flat

Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dengan sasaran 20,000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat. Menurut MyCreative, Kembara RIUH 2023 yang membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, diadakan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat. "Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan. Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5.00 dan ke bawah." kata MyCreative. Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air. Antaranya, Dato’ M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.

trending_flat

[Video] KKDW raikan Tok Batin OA

Kementerian Kemajuan Desa dan WIlayah (KKDW) telah menerbitkan video rakaman Sekitar Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2023 oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW bertempat di Summit Hotel, USJ pada 27 Julai 2023. Pelbagai acara telah diberlangsung di majlis tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation