trending_flat

Aneka Jaringan catat pendapatan RM41.2 Juta untuk Suku 3

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2023 – Aneka Jaringan Holdings Berhad ("Aneka Jaringan" atau "Kumpulan"; Bursa: ANEKA, 0226), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan sukacitanya mengumumkan peningkatan pendapatan kepada RM41.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mei 2023 (“S3 FYE2023”) berbanding RM37.5 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (“S3 TYE2022”). default Bagi suku dalam tinjauan, Kumpulan telah mengubah prestasi kewangannya, mencatatkan keuntungan kasar RM1.5 juta, berbanding kerugian kasar RM4.2 juta yang dicatatkan pada S3 FYE2022. Kerugian selepas cukai Kumpulan (“LAT”) telah dikurangkan dengan ketara kepada RM2.9 juta berbanding RM7.7 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Bagi sembilan bulan berakhir 31 Mei 2023 (“9M FYE2023”), Aneka Jaringan mencatatkan peningkatan  hasil kepada RM137.1 juta berbanding RM121.1 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya (“9M FYE2022”). Kumpulan mencatatkan keuntungan kasar RM1.0 juta, yang merupakan pemulihan yang luar biasa daripada kerugian kasar RM11.0 […]

trending_flat

Pendaki Malaysia, Mohd Khafiz berjaya tawan puncak K2

Sejarah tercipta untuk negara apabila Jalur Gemilang sekali lagi berkibar di puncak dunia. Mohd Khafiz Bin Bachok, 45, pendaki negara kelahiran PonFan, Johor berjaya menjejakkan kakinya ke puncak Gunung K2 yang berketinggian 8,611m dari aras laut yang juga merupakan gunung kedua tertinggi di dunia tepat jam 11:52 pagi (2:52 petang waktu Malaysia). Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Mohd Khafiz. Impian untuk ke puncak dunia yang disemai sejak 25 tahun yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Mohd Khafiz memulakan pendakiannya dari Skardu dan mengambil masa selama 8 hari untuk sampai ke Kem Induk. Akibat cuaca yang Fdak berapa baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan altitude tinggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai 2023. Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem 2 sebelum beliau turun semula ke Kem Induk. Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai 2023 di mana beliau sampai ke Kem […]

trending_flat

Masyarakat Siam Kedah Diyakini Bersama BN-PH

ALOR SETAR, 26 Julai - Masyarakat Siam di Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sokongan itu dinyatakan hasil perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah. "Kita adakan diskusi ini adalah untuk membincangkan perkara termasuk isu pentadbiran, pembangunan, masa depan masyarakat Siam dan beberapa lagi perkara yang masih membelenggu masyarakat berkenaan..ada perkara yang dibincangkan itu berkaitan dengan 'new deals' (manifesto) untuk PRN nanti. "Saya setuju banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka itu adalah 'unfinish business' (benda tidak selesai) dan kita mengambil kira semua perkara itu dan akan dibangkitkan pada pelancaran manifesto yang akan diadakan di Sungai Petani, esok." Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Bangunan Tunku di sini, semalam. […]

trending_flat

Isu REE – MB Kedah Tidak Perlu Lagi ‘Sorok di Bawah Karpet’

ALOR SETAR, 25 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan isu perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik dan tidak perlu lagi menyorokkannya di bawah 'karpet'. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Muhammad Sanusi juga tidak sepatutnya memberi jawapan kononnya tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah sedangkan beliau merupakan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri itu. Ini kerana berdasarkan pengalamannya sebagai Bekas Menteri Besar, sebarang pelaburan atau penglibatan MBI di dalam sesebuah projek, sentiasa dilaporkan kepada Menteri Besar. "Saya fikir tiba masanya untuk MBI bercakap benar dan tidak perlu meletakkan segala-galanya di bawah 'karpet'. Kalau kata projek itu haram, kata sajalah haram dan ada pihak yang bersalah tetapi kalau dikatakan projek itu sah, maka buktikanlah kesahihannya. "Mengenai dua warganegara China itu, beritahu sajalah […]

trending_flat

PRN KEDAH – BN+PH lancar manifesto Khamis ini

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto mereka pada khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka dipilih bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita itu diyakini mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan rakyat. "Ada banyak perkara yang akan dibentangkan dalam manifesto itu. Manifesto tersebut akan menyentuh mengenai perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh kerana kerajaan negeri ketika ini bukan saja gagal, malah tak buat apa-apa pun. "Apa yang beliau (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) buat selain mengata orang lain? Kalau nak jadi pemimpin, anda kena serius kerana antara kepimpinan negeri dengan rakyat, di tengah-tengahnya ada pegawai kerajaan yang […]

trending_flat

Angkasawan Malaysia Menginspirasi Pelajar Kumon di Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon 2023

Kumon Malaysia, program pengayaan selepas sekolah terbesar di negara ini, telah mengadakan Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon yang pertama untuk meraikan lebih 10,000 pelajar yang telah mendaftar dalam program Kumon English as a Foreign Language (EFL) dan Kumon English as a Native Language (EE). Kumon Malaysia memperkenalkan program Bahasa Inggeris EFL pada Mac 2022, yang menawarkan kanak-kanak bukan penutur asal bahasa Inggeris, sebuah platform yang selesa dan sangat berkesan untuk mempelajari bahasa itu melalui Kumon. Sebaliknya, program Bahasa Inggeris EE sedia ada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemahaman bacaan bahasa Inggeris peringkat lanjutan untuk kanak-kanak yang sudah terdedah kepada persekitaran berbahasa Inggeris. Dengan menyesuaikan program Bahasa Inggeris agar sesuai dengan persekitaran bahasa setiap kanak-kanak, Kumon Malaysia terus membuka peluang untuk pengalaman pembelajaran yang optimum di kalangan pelajarnya. “Pengenalan program Bahasa Inggeris EFL adalah bukti komitmen Kumon Malaysia untuk memenuhi pelbagai […]

trending_flat

PTSN Politeknik Pertama Terima Pelajar Baharu Asasi Tvet

PAGOH, 23 JULAI 2023 - Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar baharu hari ini dan merupakan politeknik yang terawal menerima pelajar bagi program Asasi TVET dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Seramai 70 orang pelajar hadir mendaftar pada sesi tersebut. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mensasarkan seramai 500 pelajar baharu akan mendaftar pada program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024 di kesemua lima (5) politeknik rintis sehingga 26 Julai 2023. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana menyahut saranan Kerajaan untuk menyertai Asasi TVET. Dr, Haji Mohd Zahari Ismail ketika berucap “KPT melalui JPPKK dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menyumbang lebih 40 peratus daripada guna tenaga TVET negara, suatu pencapaian besar dan merupakan tunjang pembangunan negara, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation