trending_flat

SCIB Rai Hari Sarawak Dengan Pandu Derma Darah

KUCHING, SARAWAK, 21 JULAI 2023 - Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad ("SCIB" atau "Syarikat"), telah menganjurkan kempen derma darah tahunan mereka dengan kerjasama Bank Darah Hospital Umum Sarawak sempena Hari Sarawak. Inisiatif yang dikenali sebagai "Hari Derma Darah SCIB", adalah sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat untuk memberi kembali kepada masyarakat. Di bawah tema "Ohh Kitak Juh Derma Darah", acara itu dijadualkan pada 22 Julai 2023, dari 9 pagi hingga 2 petang. Tempat itu ialah Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah di Hospital Umum Sarawak, Kuching. SCIB menghulurkan jemputan ikhlas kepada masyarakat untuk berganding bahu dalam usaha menyelamatkan nyawa ini. Ini menandakan kerjasama ke-4 SCIB dengan Bank Darah Hospital Umum Sarawak sejak kerjasama pertama mereka pada 2020.  Ku ​​Chong Hong, Pengarah Urusan SCIB. Satu bahagian asas falsafah ESG kami di SCIB ialah memberi kembali kepada masyarakat," kata Ku ​​Chong Hong, Pengarah Urusan SCIB. […]

trending_flat

[Galeri] Sorotan ABPBH 2023

Foto-foto oleh Yusri Ibrahim Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 Untuk tahun 2023 Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 35 untuk tahun 2023 yang mana membawa pulang trofi dan pakej Umrah. Senarai Penuh Pemenang Bagi Setiap Kategori Di ABPBH 35 Tahun 2023 Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH35Tan Sri Michael Yeoh KATEGORI UTAMA BBNU Lelaki PopularAmir Ahnaf BBNU Wanita PopularAnna Jobling Penyanyi Lelaki PopularKhai Bahar Penyanyi Wanita PopularAina Abdul Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan PopularDolla Aktor Filem PopularBeto Kusyairy Aktres Filem PopularSophia Albarakbah Aktor TV PopularMeerqeen Akstres TV PopularAnna Jobling Penyampai Radio PopularTyzo Pengacara TV PopularElly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) Artis Komedi PopularBell Ngasri KATEGORI EKSTRA Couple TV PopularMeerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus) Couple Filem PopularDatuk Aaron […]

trending_flat

Mengingati Perjanjian Lausanne dan tamatnya Empayar Uthmaniyah

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Perjanjian Lausanne ialah perjanjian damai yang ditandatangani pada 24 Julai 1923 antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Allied Powers (Kuasa Bersekutu) diwakili oleh British, Perancis, Itali dan beberapa negara lain selepas berakhirnya empayar Perang Dunia Pertama (1914-1918), dan berakhirnya Turkish War of Independence atau Perang Kemerdekaan Turki (1919-1923). Ketika Perang Dunia Pertama, Turki yang berada di pihak Central Powers (Kuasa Pusat) diwakili Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan beberapa negara lain dikalahkan oleh Allied Powers diwakili oleh British, Perancis, Itali dan beberapa negara lain. Dalam Perang Kemerdekaan Turki pula, Turki berjaya mengalahkan Greece dan beberapa kuasa Barat lain yang cuba mencerobohi kedaulatan Turki. Dr. Abu Hanifah Haris Nama ‘Lausanne’ adalah sempena tempat berlangsungnya persidangan yang membawa kepada termeterainya perjanjian ini iaitu di Lausanne, Switzerland. Delegasi kerajaan Turki diketuai oleh Ismet Inonu, manakala delegasi Allied Powers pula diketuai oleh […]

trending_flat

Mercury Securities Tandatangani Perjanjian Tajajamin Dengan Public Investment Bank Untuk IPO Di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Public Investment Bank Berhad (“PIVB”) untuk tawaran awam permulaan (“IPO”) Kumpulan yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad. Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga. IPO tersebut melibatkan terbitan awam sebanyak 157.10 juta saham biasa baharu (“Saham Terbitan”) dan tawaran untuk penjualan 71.51 juta saham biasa sedia ada (“Saham Tawaran”) masing-masing mewakili 17.59% dan 8.01% saham terbitan […]

trending_flat

Pembangunan Semula – Transformsi Alamanda Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 - Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya. Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini. Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna. Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. […]

trending_flat

Politik bukan untuk berhibur!

Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Saya mendaftar sebagai pengundi di Kuala Lumpur sejak 2016. Jadi saya tidak terlibat dengan mana-mana Pilihanraya Negeri (PRN) sejak itu. Dan seingat saya juga (setelah 4-5 kali mengundi), tidak pernah lagi PRN mendapat perhatian sebanyak pada kali ini. Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Hampir setiap orang (termasuklah yang tidak mengundi untuk PRN seperti saya), dilimpahi dengan kandungan mengenai PRN pada setiap hari, sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang terlibat tempoh hari. Tarikh-tarikh penting 29 Julai (hari penamaan calon) dan 12 Ogos (hari mengundi) telah dihafal; sepenting tarikh-tarikh pertunangan dan perkahwinan. Nama-nama parti, ‘poster boy’, dan bakal calon bermain di mata dan fikiran, setiap kali ibu jari menguis skrin telefon ke atas bagi menikmati suapan cerita politik terkini di media sosial. Yang melompat keluar (dan masuk) parti, atau […]

trending_flat

Kes Sanusi – BN Kedah Tidak Masuk Campur

LANGKAWI, 19 Julai - Barisan Nasional (BN) Kedah mengambil pendirian tidak mencampuri kes membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor termasuk kes mahkamah yang dihadapinya. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu diserahkan kepada tanggungjawab pihak berkuasa dan pihaknya tidak berniat untuk mencampuri urusan tersebut walaupun tidak menggemari tingkah laku Muhammad Sanusi sebelum ini. “Saya dah sebut dalam ucapan saya, kenyataan media saya pun bahawa jika ada benda yang sepatutnya tak selesai contohnya unsur nadir bumi (REE) di Sik, maka kerajaan negeri patut membuat penjelasan. Kerajaan negeri kena jelaskan apa status kedudukan REE. Tapi sekarang apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah buat kenyataan semalam, kita serahkanlah kepada pihak berkuasa. Macam itu juga di bawah Akta Hasutan yang melibatkan raja-raja, mahkamah sudah uruskan perkara ini, jadi kita serahkan kepada mereka". Beliau berkata demikian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation