Dakwaan Kerajaan Persekutuan akan berubah selepas PRN hanya untuk kelirukan pengundi
ALOR SETAR, 9 Ogos - Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan akan berubah sekiranya enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dimenangi Perikatan Nasional (PN), tidak akan berlaku kerana PRN hanya membabitkan kerusi DUN sahaja. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan itu hanya percubaan untuk mengelirukan pengundi. Jelas beliau, banyak tuduhan tidak benar dibuat ke atas kerajaan Persekutuan sedangkan pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dirasai di negeri yang pentadbirannya sama di peringkat Persekutuan. "Apa yang kerajaan Persekutuan umumkan seperti di bawah kluster ekonomi, pembangunan dan kebajikan sebenarnya sedang dilakukan, tapi kerana ia baharu bergerak dalam lapan bulan ini, kesannya tidak dapat dilihat secara keseluruhan. "Di Kedah kalau kita dapat selarikan antara kerajaan Persekutuan dan negeri, maka faedah itu dapat dirasai lebih cepat sama seperti di negeri (ditadbir Kerajaan Perpaduan) dan kita […]