trending_flat

Maritim Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia Capai Kata Sepakat Perkasakan Hubungan Kerjasama Strategik Menerusi Rancangan Operasi Bersama “Operasi Kasmar”

PUTRAJAYA, 11 Ogos –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menerima satu lawatan kunjung hormat pagi tadi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Seramai 13 Pegawai Kanan JKDM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/ Pematuhan), YBhg Dato’ Sazali bin Mohamad hadir dengan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin. Usai sesi kunjung hormat, satu perbincangan sektor operasi turut diadakan di antara kedua dua pihak. Dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara, pelbagai inisiatif dilontarkan terutamanya dalam mendepani cabaran penguatkuasaan yang kompleks serta mencabar. Maritim Malaysia dan JKDM mencapai kata sepakat untuk bersama-sama membentuk satu jaringan kerjasama strategik merangkumi pelbagai sektor serta bakal memperkenalkan kerjasama tersebut menerusi penjenamaan Operasi Kastam dan Maritim Malaysia iaitu “OPERASI KASMAR”. Faktor yang menjadi asas perbincangan adalah memantapkan penguatkuasaan undang-undang persekutuan di bawah AKTA KASTAM 1967. Umumnya […]

trending_flat

Politeknik Mersing Johor jalin kerjasama strategik dengan institusi pendidikan Indonesia perluas perkongsian ilmu antara dua negara

Baru-baru ini Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah memeterai kerjasama dengan tiga institusi pendidikan dari Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina, Batam (UIS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Batam dan Politeknik Jambi. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen Agreed Minutes & Meeting (AMM) antara Pengarah PMJ, Puan Hilmun binti Mohamed dan Prof. Madya Dr. Haji Mustaqim Syuaib, SE., M.M., Rektor Universitas Ibnu Sina Batam (UIS) dan diikutidengan Dr. Muhammad Juni Beddu.Lc.,MA, Ketua Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina Batam dan diakhiri dengan Pn. Ir. Hajjah Hilda Porawati., M.T selaku Direktur Politeknik Jambi yang diadakan disini baru-baru ini. Jalinan kolaborasi ini juga adalah bersempena dengan Persidangan Liga Ilmu Serantau (LIS) Kali Ke-9 2023. Menurut Dr. Haji Mohd Zahari, persidangan kali ini mengangkat tema “Digital Transformation Towards Infinite Possibility” bertepatan dengan […]

trending_flat

PSIS lafaz ikrar tolak prinsip amalan rasuah dalam organisasi

Warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) baru-baru ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bagi menolak prinsip amalan rasuah dalam insititusi ini. Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman berkata insiatif ini diadakan supaya warga kerja PSIS sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti yang tidak bermoral membabitkan wang ringgit dalam melaksanakan tugas seharian. “Amalan berunsur rasuah bukan sahaja menyebabkan imej tercalar, tetapi persepsi dan kepercayaan masyarakat terhadap sebuah organisai turut terjejas. Justeru, ikrar yang dibuat pada hari ini penting supaya setiap individu akan melakukan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan ia sejajar dengan Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022-2026 merupakan komitmen Kementerian dalam menangani risiko rasuah seiring dengan aspirasi Kerajaan melalui pembangunan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu “Ke Arah Negara Bebas Rasuah,” katanya. Beliau turut menegaskan supaya warga kerja PSIS hendaklah sentiasa mematuhi peraturanperaturan penjawat awam. Lafar Ikrar yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation