Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN
Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang Asli Sebagai Ejen Perubahan Diri’ yang diangkat sebagai inspirasi dalam merancang pembaharuan yang melibatkan Orang Asli di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat global. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tersebut dilaksanakan bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap resolusi United Nations dan rasa solidariti terhadap masyarakat Orang Asli sedunia. Kata JAKOA, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan berlangsung termasuklah program bual bicara oleh United Nations Development Programme (UNDP) yang akan membincangkan hala tuju golongan belia masyarakat Orang Asli di peringkat global secara umum dan peringkat lokaliti secara khususnya. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang melihat jualan usahawan Orang Asli. Kredit Foto UKK KKDW "Ia turut melibatkan seramai 1000 orang peserta masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada […]