trending_flat

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam lawat Hospital Dungun

TERENGGANU, 22 OGOS 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed, hari ini mengadakan lawatan projek lambat siap ke tapak projek Hospital Dungun, Terengganu bagi meninjau persiapan akhir pembinaan bangunan tersebut terutamanya bilik-bilik pembedahan. Kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini, penyediaan perkhidmatan hospital pakar kerajaan adalah salah satu sumbangan kerajaan terutama kepada rakyat kurang berkemampuan. "Bukan itu sahaja, malahan jika lihat dari segi aspek lain, hospital pakar dapat membuka luas prospek dan kerjaya semua peringkat dan jenis profesional untuk klinikal dan bukan klinikal seperti doktor, jururawat, personel bersekutu atau peranan pentadbiran dan pengurusan. Malahan peluang pekerjaan untuk sektor-sektor lain juga terbuka luas seperti pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pembersihan, pemakanan dan sebagainya. Ini adalah perkembangan positif bagi rakyat Terengganu kerana bakal menikmati perkhidmatan daripada Hospital Dungun yang dijangka akan menjadi hospital pakar ketiga di […]

trending_flat

Malaysia kekal peneraju GIEI sembilan tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2023: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023 bagi memupuk kerjasama dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor ekonomi digital Islam. Menurut MDEC, IDE merupakan salah satu sektor penting dalam pengagihan kekayaan dan sumber yang inklusif selaras visi Malaysia MADANI. "IDE juga merupakan salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah insiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN). Malaysia kekal sebagai peneraju Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama sembilan tahun berturut-turut, dipacu ekosistem halal yang pesat dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesraMuslim, media dan rekreasi. Sektor ekonomi Islam ini dijangka mencecah nilai global sebanyak AS$7.7 trilion menjelang 2025." kata MDEC menerusi satu kenyataan media hari […]

trending_flat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) Mewajibkan Penggunaan E-Perkhidmatan Percukaian Secara Berperingkat Bermula 1 September 2023

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023 untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir; End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024. Ia juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) di semua Kaunter Perkhidmatan HASiL. Para pembayar cukai adalah digalakkan untuk beralih kepada Perkhidmatan E2E ini dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.Sebagai rujukan tambahan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation