trending_flat

Mercury Securities Group Berhad Sasar Raih RM39.27 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), melancarkan prospektusnya hari ini bersempena dengan tawaran awam permulaan (“IPO”) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ( “Bursa Securities”). Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga. IPO itu diunjurkan mengumpul RM39.27 juta melalui terbitan 157.09 juta saham pada harga terbitan RM0.25 sesaham. Perolehan tersebut akan diperuntukkan mengikut seperti berikut: RM26.86 juta digunakan untuk perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin; RM2.88 juta digunakan untuk menambah baik […]

trending_flat

Menyemarak semangat kemerdekaan di Royal Belum

Terpanggil dengan semangat kemerdekaan yang menebal, seramai 26 warga Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah menjayakan sebuah program amal menyantuni masyarakat orang asli di Royal Belum, Perak, yang dinamai “XPDC Royal Belum.” Ir Dr Nasrul Anuar bersama ikan yang berjaya dipancing dari kawasan tasik Pemandangan Tasik Banding yang saujana mata memandang menyambut kehadiran peserta ekspedisi Peserta ekspedisi bergambar kenangan bersama penduduk Kampung Klewang Peserta ekspedisi mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan air terjun yang berjaya didaki Para peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan Fakulti telah meluangkan masa selama tiga hari dan dua malam untuk ekspedisi ini, yang turut meliputi aktiviti fizikal dan rekreasi. “Tujuan utama program ini adalah bagi mengeratkan perpaduan di kalangan warga Fakulti Kejuruteraan melalui program berbentuk ekspedisi, yang turut memuatkan aktiviti berziarah ke perkampungan orang asli di Royal Belum,” kata Mohd Ridzal Abdul Samat yang merupakan Pengarah […]

trending_flat

Bank Muamalat meraikan kepelbagaian dan pemperkasa Komuniti Orang Asli pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) baru-baru ini meraikan semangat perpaduan dan inklusiviti dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bersama komuniti Orang Asli Gombak dengan kerjasama rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Program ini turut meraikan sambutan Hari Orang Asli Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 9 Ogos. Bank Muamalat bersama rakan strategiknya, komited untuk merealisasikan matlamat program melalui sesi “Pocket Talk” yang memberi fokus utama dalam program pembangunan kelestarian melalui peningkatan tahap celik kewangan, kesedaran kepada penipuan kewangan dan akses kepada perkhidmatan perbankan untuk semua segmen masyarakat. Selain itu, tumpuan turut diberikan dalam memperluas peluang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama PERKESO. Sebagai komitmen Bank Muamalat kepada kesejahteraan komuniti, pihak Bank turut menawarkan khidmat Klinik Bergerak Wakaf Muamalat dalam memberi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation