trending_flat

Mosquito Buster: Inovasi membanteras denggi oleh UNITEN

Demam denggi, penyakit berjangkit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, merupakan ancaman serius terhadap kesihatan awam di pelbagai kawasan tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Kejadian demam denggi yang telah meningkat secara dramatik di negara kita dalam beberapa tahun terakhir ini memerlukan penyelesaian inovatif bagi menangani penyebarannya secara berkesan. Pemasangan Mosquito Buster di Kelompok Pelajar UNITEN Di Malaysia, kejadian demam denggi tetap menjadi keprihatinan besar kerana laporan terkini menunjukkan peningkatan kes. Dari Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, terdapat 63,966 kes demam denggi yang dilaporkan, termasuk 45 kematian, mengikut Kementerian Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa. Angka-angka ini mencerminkan peningkatan mencolok sebanyak 129.2% dalam kes berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak 136.8% dalam kes kematian. Peningkatan yang mengkhawatirkan dalam kes demam denggi menegaskan keperluan mendesak bagi langkah-langkah kawalan nyamuk yang efektif dan mampan bagi memerangi penyakit yang disebarkan […]

trending_flat

BN Kedah akur kekalahan, gagal bentuk Kerajaan Perpaduan negeri

Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan dan menerima keputusan dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung semalam. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah dan pada masa sama, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera BN yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras sepanjang kempen PRN kali ini. “Kita akur dan menerima kekalahan ini kerana inilah adat pertandingan. Akan ada pihak yang kalah dan ada yang menang," katanya dalam satu kenyataan kepada media. Jelas beliau, BN tetap berlapang dada dan menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak untuk meletakkan kepercayaan di tangan Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah turut menasihatkan semua ahli UMNO dan BN Kedah […]

trending_flat

Jangan muat naik, kongsi kandungan berbaur kebencian, penghinaan terhadap Institusi Diraja – MCMC

CYBERJAYA 12 Ogos 2023 - Orang ramai diberi amaran agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan yang membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di dalam satu kenyataan hari ini, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja. Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali." kata MCMC. Tambah MCMC, tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undangundang […]

trending_flat

Mahdzir Khalid, Isteri Selesai Mengundi, Puas Hati Dengan Perjalanan Proses

PADANG TERAP, 12 Ogos 2023 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka sekitar jam 9.50 pagi tadi. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi sambil diiringi isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah, yang turut mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan sulaman merah. Mahdzir ketika ditemui media menzahirkan rasa puas hati dengan perjalanan proses mengundi di saluran berkenaan yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden tidak diingini berlaku termasuk semasa tempoh berkempen. Dengan cuaca yang baik, kalangan pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal. "Saya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini. Saluran mengundi untuk warga emas juga berada di tingkat bawah, sekali gus memudahkan mereka mengundi dan itu merupakan usaha yang baik dari SPR,” katanya. Pada Pilihan […]

trending_flat

PM selesai mengundi, nasihat pengundi utk keluar awal

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos 2023 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke 15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.41 pagi tadi. Anwar ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengundi di situ. "Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini. Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin." kata Anwar menerusi hantaran di halaman sosial medianya hari ini. Menurut SPR, setakat jam 10 pagi tadi, peratusan kelar mengundi bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 20%.

trending_flat

Tun M selesai mengundi

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selesai membuang undi jam 9:22 pagi ini bagi kerusi DUN Anak Bukit. Katanya ramai yang tidak keluar mengundi. "Saya harap para pengundi keluar beramai-ramai kerana Pilihanraya ini penting untuk tentukan masa depan kita, halatuju Negeri dan juga Negara. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada para petugas SPR yang memastikan Pilihanraya Negeri ini berjalan baik. Selamat mengundi." kata beliau menerusi satu hantaran di halam sosial medianya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation