Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan
3 September 2023 - KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan. Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk: • merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah • meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan • memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif […]