Pakaian seragam sekolah bentuk jati diri murid
Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Pemakaian seragam sekolah telah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan dan sejak 1970, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk memakai pakaian seragam sekolah. Ibu bapa saban tahun menjadikan hujung tahun sebagai masa terbaik untuk bersama anak-anak dalam menyediakan kelengkapan persekolahan di samping meluangkan masa senggang bagi menyiapkan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam sekolah. Menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa jika dapat menyediakan pakaian seragam sekolah daripada pelbagai jenama dan seperti satu pesta hujung tahun dengan diskaun menarik diberikan oleh pasaraya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dr. Abd. Razak Zakaria Menjadi satu kebanggaan juga kepada anak-anak jika dapat memakai pakaian seragam sekolah yang baru di awal tahun berserta lencana sekolah yang menjadi mercu kepada bermulanya persekolahan baru […]