Mempertimbang semula pengajian di atas talian di universiti
Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Kualiti rangkaian internet pada hari ini telah memendekkan jarak dan masa antara tempat dan benua yang berjauhan sehingga segala urusan dapat dilaksanakan secara lansung dan waktu sebenar, berdepan secara maya dan telus. Sektor pendidikan adalah antara bidang yang paling banyak menerima manfaat dari segala fasiliti tersebut terutamanya di zaman pasca pandemik. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Berkemungkinan perkara itu juga antara hikmah yang dipelajari oleh pelajar dan para pendidik dari zaman pandemik hingga ke hari ini bagaimana memanfaatkan teknologi untuk tujuan pendidikan. Hari ini di separuh kedua tahun 2023, kesemua sekolah, kolej, universiti dan institusi pendidikan telah pun beroperasi secara fizikal sepenuhnya. Pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu alternatif terbaik sekiranya terdapat kekangan dan halangan dalam perlaksanaan fizikal. Terkini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa sebanyak 95 program di […]