Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan
GOMBAK 19 September 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam. Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. "Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga […]