RAUB, 23 September 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan terus membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam masa yang sama KPDN akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI). "Bermula pada 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna. Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi […]