trending_flat

Melestari seni dan estetika Hamdolok: Dari Mekah ke Batu Pahat

Mendengar namanya mungkin agak janggal untuk ramai di kalangan kita. Namun jika kita sudah menonton persembahannya, pasti akan melihat persamaan yang ada dengan seni teater rakyat serantau yang lain, seperti boria, hadrah, dan mendu. Dikatakan bermula sekitar 1930-an di Batu Pahat, Johor; hamdolok menggabungkan beberapa elemen unik, termasuklah nyanyian (qasidah dan nasyid), tarian (zapin Arab dan Melayu), muzik (gambus) dan lakonan (sketsa humor). Nilai estetika persembahannya juga menggabungkan kesenian Timur Tengah dan masyarakat Melayu Johor. Dr. Rosdeen Suboh Menurut Dr. Rosdeen Suboh, nama hamdolok adalah dari gabungan perkataan Arab ‘hamd’ iaitu pujian, manakala ‘dolok’ membawa tiga makna yang berbeza. Pertama, ianya dikatakan berasal dari perkataan jawa ‘dhelok’ yang bermaksud melihat atau menonton; kedua perkataan melayu ‘olok-olok’ atau main-main; dan ketiga perkataan Arab iaitu Allah. “Maka teater rakyat hamdolok ini boleh dikatakan sebagai sebuah bentuk seni persembahan budaya komuniti Melayu dengan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation