trending_flat

Maritim Malaysia lahirkan 15 Penyelam Penyelamat

GEBENG, 5 Oktober - Seramai 15 orang terdiri tiga pegawai dan 12 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menamatkan Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 bertempat di Akademi Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, kursus yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 50 orang peserta dalam kalangan pegawai dan anggota Maritim Malaysia. Jelasnya kesemua peserta kursus terlebih dahulu perlu melalui beberapa siri tapisan oleh Markas Pasukan Tindakan Khas (PTK) serta saringan kesihatan di Institut Perubatan Bawah Air (IPBAH) Hospital Angkatan Tentera di Kota Kinabalu dan Lumut. Hasil keputusan saringan berkenaan, seramai 22 pelatih telah disahkan sihat tubuh badan dan layak untuk diuji. Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutup Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 Maritim Malaysia hari ini. Turut […]

trending_flat

Gangguan Bekalan Air Berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 9:00 pagi, 10 Oktober 2023 (Selasa). Menurut Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa). "Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis). Para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation