Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) meraih bakat dan menjana pendapatan
KAJANG, 14 Oktober 2023 –.Mungkin anda kerap mendengar tentang Pembelajaran Sepanjang Hayat atau singkatannya PSH. Ia merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup dengan tujuan meningkatkankemahiran kompentesi untuk kemajuan diri. PSH telah menjadi prinsip hidup dan amalan warga Malaysia yang merangkumi semua peringkat umur. PSH dapat memupuk minat dan menyerlah bakat komuniti serta menjadi platform bagi seseorang individu untuk mempelajari kemahiran baharu melalui kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan. Percaya atau tidak, Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat membantu menjana pendapatan yang lumayan. Selain daripada menggali minat dan bakat, PSH turut membantu menaikkan taraf hidup keluarga dari segi ekonomi dan mampu menggembleng potensi individu yang masih mencari peluang pekerjaan serta meningkatkan kemahiran diri sendiri. PSH memberi impak yang besar kepada masyarakat di mana terdapat peserta kursus PSH kami menggunakan kemahiran yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan secara atas talian serta menjadikan ia sebagai […]