JBSN laksanakan pencarian bakat OKU melalui INSPIRE i-Talent
KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 - Populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakatsetakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang, ataupun 1.85% daripada populasi Malaysia. Statistik tersebut belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi (sekurang-kurangnya peringkat PARA SUKMA) adalah seramai 1,781 orang. "Dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, KBS menyasarkan peningkatan peratusan penyertaan atlet para kejohanan sukan prestasi tinggi di pelbagai temasya sukan antarabangsa." kata Hannah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini. Tambahnya, KBS melalui beberapa agensi mempunyai skop tugas yang berbeza dalam pembangunan sukan dan Kebajikan Paralimpik dan Pesara. "JBSN melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui INSPIRE i-Talent di […]