trending_flat

Lebuhraya SPE dibuka secara rasmi

KUALA LUMPUR, 3 November 2023 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah merasmikan pembukaan Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) melibatkan baki jajaran sepanjang 16.3 kilometer bermula dari Setiawangsa ke Kerinchi yang dibuka secara rasmi kepada pengguna jam 11:59 malam, 3 November 2023. Sebahagian jajaran Lebuhraya SPE iaitu Seksyen 4 (Setiawangsa – Taman Melati) sepanjang 4.4 km telah dibuka kepada pengguna pada 21 Disember 2021. Lebuhraya SPE ini dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi – Salak (Seksyen 1), Salak – Pandan (Seksyen 2), Pandan – Setiawangsa (Seksyen 3) dan juga Setiawangsa – Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7 km, laluan 3 lorong dua hala dan 7 persimpangan bertingkat. Lebuhraya SPE ini menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya SPRINT, AKLEH, DUKE, MRR2 dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di Bandaraya […]

trending_flat

KPDN terus pantau harga ayam

KAJANG, 3 November 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh hari ini telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga barang di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya dan Pasar Awam Kajang, Selangor. Foto-foto Kredit UKK KPDN Menurut Fuziah, tujuan pemeriksaan dan pemantauan tersebut dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula 1 November 2023 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 30 Oktober 2023. Katanya dalam satu siaran media hari ini, KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh Negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation