trending_flat

Dua Projek RTB Bernilai RM725.7 juta dijangka selesai Isu Banjir Pekan Dengkil hingga Labohan Dagang

Sebanyak RM725.7 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dipercayai dapat menyelesaikan isu banjir di kawasan Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang. Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), dianggarkan seramai 120,000 penduduk di kawasan tersebut dapat dilindungi dari impak bencana banjir dengan pelaksanaan Projek RTB Sg Langat Fasa 1 dan Projek RTB Sg Langat Fasa 2. "Kedua projek ini merupakan rancangan jangka panjang NRECC menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pada masa ini, Projek RTB Sg Langat Fasa 1 sedang di dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027. Projek RTB Sg Langat Fasa 2 pula dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030. Ia merupakan projek di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT). Bagi tindakan jangka pendek pula, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di kawasan tersebut […]

trending_flat

Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023

IPOH, 11 November 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof telah hadir merasmikan sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak semalam. Kehadiran Fadillah adalah bukti kepada iltizam Kerajaan Perpaduan untuk menghargai jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang disifatkan sebagai wira tani dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) merupakan acara tradisi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Sambutan secara dwi-tahunan ini merupakan perantara bagi Peladang, Penternak dan Nelayan untuk mendapatkan pendedahan baharu, mengembangkan jaringan kerjasama serta membuka peluang strategik kepada potensi perniagaan sepanjang sambutan ini berlangsung. "Sehingga kini, sebanyak 48 kali sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) telah diadakan. Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023. Ini bertepatan dengan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation