trending_flat

Cabaran menangani ketelusan dan reputasi korporat

Oleh: Elinda Esa Dalam dunia perniagaan serba moden kini, ketelusan (transparency) dan reputasi korporat adalah dua unsur yang sangat penting dalam membina dan memelihara kejayaan sebuah syarikat. Ketelusan merujuk kepada penyediaan maklumat yang jelas dan tepat kepada pihak berkepentingan, termasuk pelanggan, pelabur, dan masyarakat umum. Reputasi korporat pula adalah persepsi yang dibina melalui pengalaman dan pengamatan oleh pihak luar terhadap syarikat berdasarkan tindakan dan pengurusan syarikat tersebut. Kedua-dua elemen ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan jangka panjang sesuatu perniagaan. Dalam artikel ini, kita akan meneliti cabaran dan kelebihan ketelusan dan reputasi korporat dalam dunia perniagaan Malaysia. Cabaran mencapai ketelusan korporat Satu cabaran utama dalam mencapai ketelusan korporat adalah dapat meyakinkan pihak berkepentingan (stakeholders) bahawa maklumat syarikat disediakan dengan jujur dan telus. Ini termasuklah laporan kewangan syarikat, dasar korporat, dan sebarang maklumat yang berkaitan dengan prestasi dan operasi syarikat. Terdapat […]

trending_flat

Harmonisasi undang-undang perlu diterokai

Oleh: Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail, Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah Pada 28 Ogos 2023, Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencadangkan supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kompetensi Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan. Secara khususnya, ia menyentuh mengenai bidang kuasa negeri di bawah Senarai 2 Jadual Kesembilan mengenai frasa “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.” Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah Menyahut titah Sultan Selangor di atas, pelbagai cadangan dikemukakan antaranya ialah dengan meminda Perlembagaan Persekutuan. Baginda turut menyarankan agar dicari jalan untuk membolehkan kuasa yang lebih luas diberi kepada Dewan Undangan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation