Program Jualan Rahmah Berganda untuk Warga Negeri Perlis
KANGAR, 18 November 2023-Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Puan Hajah Fuziah Salleh telah merasmikan Program Jualan RAHMAH Berganda yang merangkumi Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti's dan Jualan RAHMAH Pasar Raya JMart Fresh & Frozen yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 18 hingga 19 November 2023 di Perkarangan Pasar Raya JMart, Kangar Jaya, Perlis. Foto-foto kredit UKK KPDN Program Jualan RAHMAH Berganda yang merangkumi Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti's bertujuan menyambut seruan Kerajaan untuk menawarkan produk pada harga yang berpatutan bermula pada RM1.50 bagi tub 3Oz, RM2.50 bagi tub 100ML, RM4.00 bagi tub 500ML, dan RM23.00 bagi tub 6L. "Di samping itu, Mokti's menawarkan pelbagai perisa baru edisi terhad yang dihasilkan khas untuk Pesta ini. Antara perisa yang ditawarkan khas sempena pesta ini adalah seperti Biscoff, Cookies & Cream, Hazel Kakao, Matcha, Kurma Bob, dan pelbagai lagi. Seterusnya, […]