trending_flat

Implikasi peperangan ke atas penyusuan ibu dan kesihatan bayi

Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Kita sedia maklum yang konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan. Kesan negatif ini tidak berhenti disitu sahaja, kemudahan infrastruktur, warisan sejarah dan ekologi juga terjejas akibat sikap buruk manusia. Di sebalik impak yang ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan? Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan yang lebih jelas dan sering mendapat perhatian. Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambilkira semua cabaran yang dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat yang getir ini. Kekurangan privasi dan keselamatan Ibu-ibu yang berada di […]

trending_flat

Ekspo Smart City DOHA 2023 memfokus pada Data, Ketersambungan dan Kemampanan untuk Meningkatkan Masa Depan Bandar

BARCELONA, Sepanyol, 20 Nov (Bernama) -- Ibu kota Qatar akan menjadi tuan rumah edisi ketiga bagi acara inovasi bandar terkemuka di rantau ini dari 29-30 November. Di bawah moto "Dunia Data: Menghubungkan orang, Meningkatkan Kualiti Hidup", Ekspo Smart City Doha (SCE Doha) akan mengetuai perbahasan tentang pembangunan bandar yang mampan dan kepentingan data dalam pembinaan bandar yang lebih pintar, lebih sesuai untuk didiami. Dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) Qatar, SCE Doha ialah acara Kongres Dunia Ekspo Smart City dan Fira Barcelona International, acara itu akan menampilkan lebih 70 penceramah dari lebih 100 negara dan 40 syarikat serta organisasi dan akan diadakan dalam Ekspo Hortikultur Antarabangsa Qatar di Taman Al-Bidda.Fokus utama Ekspo Smart City Doha 2023 ialah persidangan yang menampilkan lebih daripada 70 pakar, termasuk Renée Cummings, Pengasas & KPE, Urban AI, Cendekiawan Komuniti Universiti Columbia; Ott Velsberg, Ketua Pegawai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation