Pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam isu boikot
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara. Ia didorong oleh pelbagai faktor, misalnya isu agama, politik, etika, alam sekitar dan sosial. Di Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila ada sesuatu isu yang sensitif, khususnya melibatkan agama Islam dan umat Islam. Umpamanya boikot produk Sweden dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap Rasulullah dan al-Quran, boikot terhadap produk orang bukan Islam (BMF) dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan jawi, dan boikot terhadap produk Israel atau sekutunya diserukan apabila berlaku serangan pengganas Israel ke atas penduduk Palestin. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Kini, apabila berlaku serangan tentera Israel ke atas Palestin, kempen boikot kembali bergema. Banyak pihak yang melancarkan kempen boikot beserta dengan satu senarai panjang produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan dan […]