trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa). Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang […]

trending_flat

Mencorak destinasi, mewujud azam di tahun baharu

Oleh: Siti Nurmaliya Zakaria, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Menjelang setiap 1 Januari, ruangan media sosial pasti akan dipenuhi dengan posting setiap dari kita yang sibuk merumuskan azam tahun baru masing-masing. Meskipun begitu, ada juga yang masih lagi sedang merenung, tertanya-tanya, mencari-cari apa azam tahun baru yang ingin diwujudkan sepanjang 365 hari atau 8760 jam atau 525600 minit yang akan datang. Persoalannya, adakah kita benar-benar faham apa makna di sebalik kata ‘azam’ tersebut? Siti Nurmaliya Zakaria Dr. Azmawaty Mohamad Nor Azam atau juga boleh disebut sebagai resolusi yang merupakan gagasan perubahan yang positif untuk mencapai tujuan tertentu dalam hidup sepanjang tempoh setahun yang akan datang. Lazimnya, azam tahun baru akan dinyatakan pada awal tahun baru sebagai bentuk komitmen dalam meningkatkan diri atau mencapai pencapaian tertentu. Penetapan azam adalah merupakan cara untuk seseorang individu tersebut memotivasikan diri, merumuskan tujuan yang diidamkan dan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 1:16 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:16 pagi, 31 Disember 2023Koordinat: 3.0° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 6.4Jarak: 168km Barat dari Jayapura, IndonesiaKedalaman: 76 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Ngeh Koo Ham mohon maaf

30 Disember 2023 - Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham memohon maaf diatas kekhilafan beliau dalam mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Kataya sehingga diberi penjelasan baru-baru ini, beliau sebenarnya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor. "Saya merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 28hb Disember 2023 di mana saya mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam yang merupakan pakar perlembagaan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Saya menjangkakan proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambilkira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat. Sehingga […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir semakin berkurangan

30 Disember 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033mangsa pada 29 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan di 55 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 92 buah pada 29 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (9,449 mangsa), diikuti Tumpat (3,239 mangsa) dan Jeli (751, mangsa)." katanya. Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada 30 Disember 2023 hingga 4 Januari 2024. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di […]

trending_flat

PADU semakin hangat

Sumber Halaman X Kementerian Ekonomi Pangkalan Data Utama (PADU) semakin hangat diperkatakan rakyat Malaysia. Menjelang majlis peluncurannya pada 2 Januari 2024 ini, kerajaan mempergiat usaha menguar-nguarkan PADU di setiap medium komunikasi yang ada. Semalam telah berlangsung sesi taklimat khas kepada ketua pengarang media dan sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Dua sesi ini diadakan khusus bagi berkongsi perincian maklumat mengenai sistem PADU. Pembentangan PADU telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM). Sesi soal jawab juga dibuka kepada media yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sistem PADU yang bakal 𝙂𝙤-𝙇𝙞𝙫𝙚 secara rasminya selepas majlis peluncuran kelak. PADU akan menjadi platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia. Sistem ini juga akan menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan yang lebih […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di luar pantai barat utara Sumatera

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada pukul 1:19 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:19 petang, 30 Disember 2023Koordinat: 2.5° Utara 93.0° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Utara SumateraMagnitud: 6.0Jarak: 323km Barat dari Simeulue,IndonesiaKedalaman: 19 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation