trending_flat

J-KOM kini di bawah Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA 13 Disember 2023 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini diletakkan di bawah kementerian beliau. Sebelum ini ia di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau turut berkata bahawa tiada "merger" akan dilakukan di antara J-KOM dan Jabatan Penerangan (JaPen). Selain J-KOM, Bernama, IPPTAR, JaPen, Jabatan Penyiaran, Finas, MCMC dan MyCreative Ventures turut dikekalkan di bawah Kementerian tersebut. Manakala MDEC, MYNIC, Jabatan Perlindungan Data Peribadi diletakkan di bawah Kementerian Digital dan status DNB masih dibincangkan.

trending_flat

Keperluan pengurusan teknostres dalam pendidikan

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kemajuan teknologi telah mengubah sistem pendidikan yang menawarkan spektrum baharu khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Walau bagaimanapun, dengan integrasi teknologi dalam pendidikan, muncul fenomena teknostres yang merupakan satu istilah yang merangkumi tekanan dan kebimbangan akibat penggunaan teknologi digital. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Dalam konteks pendidikan, teknostres menjelma apabila pelajar bergelut dengan tuntutan dan cabaran yang ditimbulkan oleh pengintergrasian teknologi baharu dalam dunia akademik. Memahami dan menangani tekanan teknologi adalah penting untuk memastikan manfaat teknologi dalam pendidikan dimaksimumkan sebaik mungkin sambil meminimumkan kesan negatif terhadap kesejahteraan pelajar. Mengintegrasikan pengurusan teknostres dalam amalan pendidikan adalah penting dalam era digital. Ini adalah kerana apabila teknologi menjadi semakin meluas dalam tetapan pendidikan, pelajar sering bergelut dengan tekanan yang berkaitan dengan prosedur dan amalan terbaik dalam penggunaannya. Bebanan maklumat yang berlebihan akan menyebabkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation