trending_flat

Jumlah PPS bertambah, 3 kematian direkodkan setakat ini – NADMA

Sehingga 26 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 18 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 25,351 dalam tempoh 24 jam (berbanding 5,018 mangsa pada 25 Disember 2023). Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan 7,372 keluarga yang ditempatkan di 241 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 77 buah pada 25 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (7,834 mangsa), diikuti Kuala Krai, Kelantan (3,334 mangsa) dan Hulu Terengganu, Terengganu (3,133 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (26 Disember […]

trending_flat

Lakukan pelbagai kesalahan perikanan, bot tunda kelas C ditahan

LUMUT, 26 DISEMBER 2023 - Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan warga asing termasuk tekong dan kru di kedudukan sekitar 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung, Perak kira-kira pada jam 4.38 petang, semalam. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM NYALAU ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak. Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru kesemunay warga Myanmar berumur dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun. Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan sebarang kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah. Kes […]

trending_flat

Operasi Mini Dhaka : Tiada Kompromi Terhadap Pegawai, Anggota Polis Terlibat Jenayah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Tiada kompromi terhadap tiga anggota polis yang ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah wang semasa operasi bersepadu di Jalan Silang, baru-baru ini, sekiranya didapati bersalah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata sepertimana ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, isu sedemikian tidak timbul, malah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dituduh, sekiranya mereka didapati bersalah. “Kami akan menjalankan siasatan. Siasatan kes itu adalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan dilengkapkan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini. Tiga anggota polis itu dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan dan direman pada 23 Dis lalu selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada […]

trending_flat

Ketua Sindiket Dadah antara 10 Individu Ditahan dalam Operasi Khas di Sabah – Ayob Khan

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi. Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). “Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini. Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa. “Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah […]

trending_flat

MET Malaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisikotinggi. "Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah. Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :

trending_flat

Banjir Di Tiga Negeri Semakin Buruk, Mangsa Banjir Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi. Di KELANTAN jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu. Enam PPS dibuka di Machang menempatkan 462 mangsa daripada 167 keluarga manakala sebuah PPS di Kota Bharu memberi perlindungan kepada 25 mangsa daripada tujuh keluarga. Di Pasir Mas, 24 PPS beroperasi menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,334 keluarga, 19 PPS di Tanah Merah (1,783 mangsa daripada […]

trending_flat

Tingkatkan kesedaran ancaman di laut sewaktu musim cuti sekolah

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝟮𝟲 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia. Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut. Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa. Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation