trending_flat

Palestin : Amerika tidak bermoral untuk bicarakan hak asasi manusia – Muhammad Faisal

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah hadir ke Himpunan Kepung Demi Palestin di sini malam tadi. Kata Faisal. himpunan itu penting untuk menunjukkan konsistensi solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin. Beliau turut menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menggunakan kuasa veto bagi menidakkan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya berlakunya ceasefire dalam konflik Palestin dan Israel yang masih berlanjutan hingga ke saat ini. "Dua kali di dalam persidangan UN Security Council, AS tanpa malu telah veto apa yang dibawa oleh PBB untuk berlakunya ceasefire. Satu yang memalukan. AS mengaku sebagai badan pengaman dunia, mengaku sebagai polis dunia tetapi sebaliknya adalah penyokong Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Jadi hari ini kita konsisten tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama, konsisten di atas dasar kemanusiaan kita membantu membela rakyat Palestin. […]

trending_flat

Mercury Securities Capai Prestasi Sihat Untuk Suku Keempat 2023

KUALA LUMPUR, 26 DISEMBER 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), mengumumkan keputusan kewangan disatukan untuk suku keempat berakhir 31 Oktober 2023 (“Q4FY2023”), menandakan tempoh pertumbuhan yang mampan. Bagi Q4FY2023, Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM8.71 juta, yang menandakan peningkatan ketara sebanyak 19.93% daripada RM7.26 juta pada suku sebelumnya (“Q3FY2023”), walaupun keadaan pasaran yang mencabar di dalam dan di peringkat antarabangsa, menekankan daya tahan prestasi Kumpulan. Segmen pembrokeran saham menyumbang RM6.35 juta, manakala segmen kewangan korporat menambah RM2.36 juta, mencerminkan aliran hasil berbilang saluran Kumpulan. Margin keuntungan kasar Mercury Securities berada pada 57.93% untuk Q4FY2023. Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) bagi suku terkumpul mencecah RM12.46 juta, selepas mengenakan sepenuhnya perbelanjaan penyenaraian tidak berulang sekali sebanyak RM3.93 juta. Tidak termasuk perbelanjaan penyenaraian tidak berulang sekali ini sebanyak RM3.93 juta, Kumpulan menunjukkan prestasi yang baik dengan PBT bagi suku semasa sebanyak […]

trending_flat

KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PUTRAJAYA, 26 Disember 2023 - Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh pada Rabu, 13 Disember 2023 yang lalu, nama rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah dipinda kepada KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN. Manakala singkatan nama (akronim) masih dikekalkan iaitu KPKT. Nama kementerian di dalam Bahasa Inggeris ialah MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT dan nama baru ini akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2]. Menurut KPKT, penyusunan semula nama rasmi tersebut dilihat menjadi keutamaan Kerajaan MADANI yang memberi tumpuan dalam memastikan penyediaan perumahan mampu milik yang mencukupi dan berkualiti di negara ini. Katanya lagi, penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama KPKT bagi pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk kumpulan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Hala Tuju Strategik melalui pelaksanaan Visi dan Misi KPKT terus diperkasakan menerusi lapan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation