trending_flat

Banjir : Anwar tiba di Kelantan

KELANTAN, 28 Disember 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di sana. Menurut Anwar, sejurus tiba di Kota Bharu, beliau diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan kita. Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus. "Taklimat itu juga memperincikan masalah yang dihadapi, tantangan operasi, status mangsa di pusat pemindahan sementara selain pemberian bantuan kepada yang terkesan dengan bencana banjir. Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang bekerjasama rapat bagi memastikan urusan kebajikan mangsa banjir yang diberi keutamaan tinggi pada setiap masa." kata Anwar melalui satu hantaran di Halaman X rasmi beliau. Seterusnya beliau ke Jambatan Lubok Jong, Pasir Mas, bagi melihat sendiri dampak banjir dan langkah […]

trending_flat

Banjir : Jumlah mangsa meningkat ke 26,827 setakat 12 tengah hari 28 Disember

Sehingga 28 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 16 daerah di 5 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 26,827 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,849 mangsa pada 27 Disember 2023). Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),iIa melibatkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 185 buah pada 27 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (18,293 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa)." kata laporan itu. Dalam pada itu, terdapat 14 fasiliti PDRM di Kelantan terjejas banjir, iaitu satu (1) Balai Polis Pasir Mas dan 13 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas, Kelantan. Manakala di Terengganu terdapat tiga (3) fasiliti PDRM terjejas banjir, […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Kuril

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Kuril pada jam 5:15 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:15 petang, 28 Disember 2023Koordinat: 44.4° Utara 149.1° TimurLokasi: Kepulauan KurilMagnitud: 6.4Jarak: 542km Timur dari Asahikawa,JepunKedalaman: 48 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Dr Zaliha bincang isu Kampung Setia Jaya bersama TAR College Foundation

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (WIlayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perjumpaan bersama wakil dari TAR Education Foundation yang diwakili oleh Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look untuk rundingan isu tanah di Kampung Setia Jaya. Kata Dr Zaliha dalam satu hantaran di halaman X rasminya, beliau dapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun. "Berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak TAR Education Foundation secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan penduduk diselesaikan. Perbincangan turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan solusi yang terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut. Perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa […]

trending_flat

KPKT berjaya laksanakan 5,196 projek pembangunan rakyat sepanjang tahun ini

SERI KEMBANGAN, 28 Disember 2023 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan pelaksanaan 5,196 projek pembangunan kepada rakyat bagi tahun 2023 dengan jumlahperuntukan sebanyak RM700 juta. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media semasa lawatan kerja turun padang beliau ke Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan pada pagi ini. Beliau turut meninjau kerja-kerja membaik pulih pasar tersebut dengan memberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300 ribu yang telah disalurkan oleh KPKT meliputi kerja-kerja mengecat semula struktur besi, dinding bata, penggantian penutup longkang (MS Grating) dan kerja-kerja menaik taraf tandas/pembaikan tandas. Dalam sidang media tersebut, YB Kor Ming turut memaklumkan bagi tahun 2023, jumlah peruntukan BP.1 yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengalami peningkatan yang ketara dengan jumlah sebanyak RM700 juta berbanding RM489 juta pada tahun 2022. Ia melibatkan keseluruhan pelaksanaan 5,196 projek […]

trending_flat

Timbalan KPN rasmikan mesyuarat agung tahunan KGT PDRM ke-36

Sumber : Facebook rasmi PDRM KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) selaku Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 di Dewan Tun Hanif, di sini pagi tadi. Kehadiran Dato’ Sri Ayob Khan telah disambut oleh Ketua Polis Selangor merangkap Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Kapten KGT PDRM, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman. Dalam ucapannya, Dato’ Sri Ayob Khan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi KGT PDRM yang sentiasa proaktif dan berusaha memastikan kelancaran tadbir urus kelab. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM terdahulu, CP Dato’ Sri Yahaya Othman (kini Ketua Polis Pahang) dan Kapten (Bersara) Amri Ab […]

trending_flat

PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Rafizi turut berpendapat bahawa sistem PADU tersebut adalah 'padu' kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan perunding (consultant) dan kontraktor luar. "Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan. PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation