trending_flat

Fitnah : Peguam Nik Nazmi hantar Surat Tuntutan

PUTRAJAYA, 28 Disember 2023 - Sebagai respons terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin Shaharin (Chegubard), Menteri Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil tindakan selanjutnya. Kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, peguam beliau telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu. "Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan. Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini. Dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, kami mengesahkan dedikasi kami terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang." kata Nik Nazmi. Katanya lagi, siasatan oleh pihak polis ke atas dakwaan Chegubard itu dialu-alukan. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen […]

trending_flat

Jadikan pematuhan halal sebagai tanggungjawab sosial aktiviti perniagaan

Oleh: Juliana Anis Ramli Kewujudan industri halal di pasaran perniagaan dianggap bukan sahaja memenuhi tuntutan agama bahkan ia adalah salah satu segmen yang penting dalam sumbangan terhadap ekonomi negara yang signifikan dan relevan. Keperluan industri halal dalam pasaran adalah satu indikasi terhadap sambutan yang tinggi daripada pelanggan di dalam dan luar negara, berikutan kepada peningkatan dalam permintaan dan kuasa membeli terhadap produk dan perkhidmatan halal. Juliana Anis Ramli Maka, tidak hairanlah Malaysia dianggap sebagai peneraju hab halal antarabangsa dan menjadi sumber rujukan penting dari luar negara, lebih-lebih lagi dalam aspek produk makanan dan persijilan halal. Halal adalah didefinisikan sebagai ‘dibenarkan’ (permitted) dalam hukum Islam yang merangkumi segala aspek termasuk produk (makanan dan minuman) dan perkhidmatan dari pelbagai sektor seperti perbankan dan kewangan, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan dalam pengambilan makanan halal demi menjaga kepentingan umat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:43 pagi, 28 Disember 2023Koordinat: 8.1° Selatan 107.8° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 99km Barat Daya dari Tasikmalaya, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation