trending_flat

Synergy House Umum Dividen Interim Tunggal Pertama 1 Sen sesaham untuk TK2023

SHAH ALAM, 29 DISEMBER 2023 – Synergy House Berhad (“Rumah Synergy” atau “Kumpulan”), penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot perabot rumah sedia untuk dipasang (“RTA”), mengisytiharkan yang pertama dividen interim satu peringkat sebanyak 1 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Pengumuman ini hadir sebagai bukti prestasi kewangan Kumpulan yang kukuh dan komitmen untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham. Pengisytiharan dividen itu berikutan prestasi kewangan Kumpulan yang memberangsangkan sepanjang tahun, diserlahkan oleh jumlah hasil sebanyak RM179.4 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM23.4 juta untuk tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2023. Angka-angka ini, yang merangkumi hasil ketara sebanyak RM69.2 juta dan PBT sebanyak RM11.4 juta untuk suku ketiga sahaja, menggariskan strategi kejayaan Kumpulan dalam kedua-dua segmen perniagaan kepada pengguna (B2C) dan perniagaan kepada perniagaan (B2B), terutamanya dalam pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan UK. […]

trending_flat

Cadangan Ngeh Koo Ham satu kekhilafan

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 - Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) menegaskan bahawa kenyataan Dato’ Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut. Kata Anthony dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah. "Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa. Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI." kata Anthony. Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa kenyataan Dato’ Ngeh akan […]

trending_flat

Dato’ Sri Aidi bersara wajib selepas 36 tahun bersama PDRM

Sumber : Facebook rasmi PDRM KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 - “Khidmatmu dijulang, baktimu dikenang”, itulah ungkapan terbaik buat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Aidi Ismail yang bakal menjalani persaraan wajib pada 1 Januari 2024, setelah hampir 36 tahun menabur bakti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dato’ Sri Aidi secara rasmi pagi tadi menyerahkan jawatan Pengarah JPJKK kepada penggantinya, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Dato' Sri Aidi yang dilahirkan pada 1 Januari 1964 merupakan anak jati Kuala Terengganu dan telah menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 5 Jun 1988. Beliau yang berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda […]

trending_flat

Terdapat pengurangan jumlah mangsa banjir – NADMA

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 29 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 17 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun, terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 22,033 dalam tempoh 24 jam (berbanding 26,827 mangsa pada 28 Disember 2023). "Ia melibatkan 7,132 keluarga yang ditempatkan di 92 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 130 buah pada 28 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (15,249 mangsa), diikuti Tumpat, Kelantan (3,226 mangsa) dan Dungun, Terengganu (1,795 mangsa)." kata laporan tersebut. Dalam pada itu, tiada amaran hujan berterusan terkini yang masih berkuat kuasa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sehingga 29 Disember 2023, 12.00 tengah hari. "Namun terdapat Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang masih berkuat kuasa […]

trending_flat

Pencalonan Anugerah Seni Negara 2024 libatkan 5 bidang seni

29 Disember 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa bidang pencarian dan pencalonan bagi Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) melibatkan lima (5) bidang seni iaitu, Seni Muzik, Seni Tari, Seni Lakon (Pementasan), Seni Kraf dan Seni Visual. Pencalonan dan pemilihan adalah berasaskan perincian seperti berikut: Seni Muzik Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni muzik warganegara Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang seni muzik sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman danmasih aktif pada tarikh pencalonan. Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni muzik secara berterusan dan konsisten. Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni muzik. Membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya. Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni muzik di peringkat negeri/ kebangsaan/antarabangsa. Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni muzik. Mempunyai lain-lain nilai tambah yang boleh diperakukan oleh jawatankuasa pencarian/pencalonan. Seni Tari Merupakan tokoh, penggiat […]

trending_flat

Keadaan COVID-19 terkawal, tiada varian baharu dikesan

29 DIsember 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa keadaan COVID-19 di negara adalah terus terkawal dimana kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini, kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital dan kadar kematian kekal pada tahap rendah. "Untuk Minggu Epid ME-51 (17 - 23 Disember 2023), kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5% dan kadar kematian 0.08% . Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah."katanya. Tambah beliau, sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Katanya, varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1. Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation