trending_flat

Ngeh Koo Ham mohon maaf

30 Disember 2023 - Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham memohon maaf diatas kekhilafan beliau dalam mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Kataya sehingga diberi penjelasan baru-baru ini, beliau sebenarnya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor. "Saya merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 28hb Disember 2023 di mana saya mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam yang merupakan pakar perlembagaan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Saya menjangkakan proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambilkira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat. Sehingga […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir semakin berkurangan

30 Disember 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033mangsa pada 29 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan di 55 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 92 buah pada 29 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (9,449 mangsa), diikuti Tumpat (3,239 mangsa) dan Jeli (751, mangsa)." katanya. Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada 30 Disember 2023 hingga 4 Januari 2024. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di […]

trending_flat

PADU semakin hangat

Sumber Halaman X Kementerian Ekonomi Pangkalan Data Utama (PADU) semakin hangat diperkatakan rakyat Malaysia. Menjelang majlis peluncurannya pada 2 Januari 2024 ini, kerajaan mempergiat usaha menguar-nguarkan PADU di setiap medium komunikasi yang ada. Semalam telah berlangsung sesi taklimat khas kepada ketua pengarang media dan sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Dua sesi ini diadakan khusus bagi berkongsi perincian maklumat mengenai sistem PADU. Pembentangan PADU telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM). Sesi soal jawab juga dibuka kepada media yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sistem PADU yang bakal 𝙂𝙀-π™‡π™žπ™«π™š secara rasminya selepas majlis peluncuran kelak. PADU akan menjadi platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia. Sistem ini juga akan menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan yang lebih […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di luar pantai barat utara Sumatera

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada pukul 1:19 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:19 petang, 30 Disember 2023Koordinat: 2.5Β° Utara 93.0Β° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Utara SumateraMagnitud: 6.0Jarak: 323km Barat dari Simeulue,IndonesiaKedalaman: 19 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Persempadanan Pilihan Raya: BERSIH usul SPR Perluaskan Perbincangan dengan Pemegang Taruh dan Segerakan Usaha Reformasi Pilihan Raya

Oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengusulkan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperluaskan perbincangan dan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh serta kebimbangan yang berasas berkenaan proses persempadanan semula sebelum proses tersebut dimulakan. Hal ini penting bagi meredakan kebimbangan kebarangkalian wujudnya persempadanan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Menerusi perbincangan atau libat urus ini, SPR boleh mendengar pandangan pelbagai pihak berkepentingan sekaligus memastikan proses persempadanan pilihan raya ini dapat dilakukan dengan lancar, adil dan seimbang. Pada masa sama, kebimbangan yang diutarakan memberi justifikasi supaya laporan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dinyahklasifikasikan untuk dibuka kepada umum untuk diteliti, diperbahasakan dan direalisasikan secara berperingkat. Penyahklasifikasian ini juga menuntut Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk memperhalusi laporan tersebut bagi memastikan […]

trending_flat

CEO AirAsia Riad Asmat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airasia, Riad Asmat telah melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2018 pada hari ini. View this post on Instagram A post shared by Riad Asmat πŸ‡²πŸ‡Ύ (@riadasmat) Dalam satu catatan di halaman Instagram miliknya, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atausukar β€œAmat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.” katanya. β€œDalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu. Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.

trending_flat

Malaysia Menduduki Tempat Teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 10 tahun Berturut-turut

PETALING JAYA, 30 Disember 2023 - Di dalam keadaan landskap global yang mencabar dengan konflik Palestin-Israel dan konflik yang berterusan di Ukraine, krisis iklim dunia yang semakin meruncing serta impak transformatif revolusi digital AI, edisi 2023/2024 Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) diumumkan sebagai teras wawasan mengenai sosio-ekonomi pasaran Islam yang masih dinamik. Halal Development Corporation Berhad (HDC) berbangga mengumumkan bahawa Malaysia, telah menunjukkan daya tahan dan kecemerlangan yang mampan, sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut. Kedudukan Petunjuk GIEI 2023 meletakkan Malaysia di barisan hadapan, diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE. Sejak penubuhan Laporan SGIE, Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas, mempamerkan komitmen berterusan negara terhadap ekonomi Islam. Malaysia mendapat tempat pertama dalam sector Kewangan Islam, Makanan Halal, dan Media & Rekreasi Halal, disokong pula dengan kedudukan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

βœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

βœ–

Stop following

Unfollow Cancel

βœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

βœ–