trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa). Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang […]

trending_flat

Mencorak destinasi, mewujud azam di tahun baharu

Oleh: Siti Nurmaliya Zakaria, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Menjelang setiap 1 Januari, ruangan media sosial pasti akan dipenuhi dengan posting setiap dari kita yang sibuk merumuskan azam tahun baru masing-masing. Meskipun begitu, ada juga yang masih lagi sedang merenung, tertanya-tanya, mencari-cari apa azam tahun baru yang ingin diwujudkan sepanjang 365 hari atau 8760 jam atau 525600 minit yang akan datang. Persoalannya, adakah kita benar-benar faham apa makna di sebalik kata ‘azam’ tersebut? Siti Nurmaliya Zakaria Dr. Azmawaty Mohamad Nor Azam atau juga boleh disebut sebagai resolusi yang merupakan gagasan perubahan yang positif untuk mencapai tujuan tertentu dalam hidup sepanjang tempoh setahun yang akan datang. Lazimnya, azam tahun baru akan dinyatakan pada awal tahun baru sebagai bentuk komitmen dalam meningkatkan diri atau mencapai pencapaian tertentu. Penetapan azam adalah merupakan cara untuk seseorang individu tersebut memotivasikan diri, merumuskan tujuan yang diidamkan dan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 1:16 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:16 pagi, 31 Disember 2023Koordinat: 3.0° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 6.4Jarak: 168km Barat dari Jayapura, IndonesiaKedalaman: 76 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation