trending_flat

Selangor negeri pertama hos Jerayawara Madani

PUTRAJAYA, 3 Dismeber 2024 - Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju melakukan program Jerayawara (Jelajah) Madani ke negeri-negeri yang akan dimulai di negeri Selangor. Ini adalah susulan dari program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah diadakan pada Disember lepas. Menurut Fahmi dalam sidang media di sini hari ini, tarikh pertama program tersebut akan ditentukan dalam masa terdekat. "Dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bahawa negeri pertama yang akan menjadi hos kepada jelajah ini ialah negeri Selangor dan kita akan umumkan dalam mungkin pada minggu depan, tarikh dan juga lokasi bagi program tersebut. Ini akan diikuti dengan Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain. In Sha Allah dalam masa terdekat kita akan bentangkan jadual (program) tersebut." kat Fahmi.

trending_flat

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu. "Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu," kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media. PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino. "Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya," kata beliau. Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu. Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit. Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 9:11 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:11 pagi, 3 Januari 2024Koordinat: 8.2° Utara 126.7° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 40km Timur dari Bislig,FilipinaKedalaman: 101 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Radio IKIM kini dikenali sebagai Radio IKIMFM

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan bahawa bermula Januari 2024, Radio IKIM akan dikenali sebagai IKIMfm. Penjenamaan semula ini bagi menyasar pelbagai golongan pendengar untuk terus mendapat inspirasi dari setiap rancangan yang disiarkan. IKIMfm dengan wajah baharu, turut memperkenalkan tagline baharu iaitu ‘Inspirasi Utama Anda’. IKIMfm membawa strategi kandungan yang mengangkat tema inspirasi kepada semua selepas pelantikan Pengarah Pusat Media IKIM, Tn. Hj. Ahmad Fuad Mat Ali pada bulan lepas. Ahmad Fuad menyifatkan barisan penyampai yang bertenaga dan kandungan rancangan yang lebih segar dengan mengekalkan penyampaian mesej dakwah yang menjadi identiti IKIMfm bagi memacu objektif IKIM dalam menyampaikan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.  Penjenamaan semula menjadi wadah penting dalam penyampaian setiap rancangan IKIMfm dalam usaha meletakkan radio itu sebagai sumber inspirasi kepada para pendengarnya.  Menurut Ahmad Fuad, […]

trending_flat

PADU : Proses e-KYC hanya ambil masa 5 minit

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari. Menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau semalam, Rafizi berkata proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini. “Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi lain yang terdapat dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk PADU) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan. Setakat 5 petang (semalam), lebih 40,000 e-KYC telah disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah dalam 300. Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insya-Allah e-KYC akan diproses […]

trending_flat

Timbalan KPN hadir ke Majlis Peluncuran PADU

Sumber : Facebook Rasmi PDRM PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan menghadiri Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan oleh Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli dan Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo. Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan. Sistem ini juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat. Terdahulu dalam majlis […]

trending_flat

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 secara rasmi

PULAU INDAH, 2 Januari 2024 - Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan semalam. Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat. Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar. OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation