Gobind sambut baik pelancaran PADU
PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyambut baik pelancaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) semalam. Kata Gobind dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, PADU adalah salah satu usaha teknologi digital untuk menambah baik khidmat kerajaan kepada rakyat." "Inisiatif menerusi Kementerian Ekonomi ini amat dihargai supaya kerajaan dapat menambah baik usaha yang perlu untuk meningkatkan kebajikan rakyat. Data serta sistem pengenalan diri dalam talian merupakan asas penting dalam usaha transformasi digital negara. Melaluinya kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih bersasar dan berkesan kepada rakyat." katanya. Tambah Gobind, Kementerian Digital yang diterajuinya akan terus menyokong dan membantu menambah baik segala usaha kerajaan dalam mendepani kelangsungan dan cabaran ekonomi, khususnya dalam bidang digital yang akan datang. Objektif PADU yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam adalah menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi […]